Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

Kecemasan & Traumatologi

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan & Trauma adalah salah satu jabatan yang memberi perkhidmatan sokongan terpenting dalam organisasi Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Jabatan ini telah beroperasi semenjak hospital ini pertama kali diwujudkan pada tahun 40an. Jabatan ini merupakan pintu masuk utama kemasukan pesakit ke wad, yang menyediakan perkhidmatan kecemasan kepada pesakit yang memerlukan rawatan di samping memberikan perkhidmatan pra hospital. iaitu perkhidmatan ambulans, dan perkhidmatan pendaftaran kemasukan ke wad.

Pelanggan utama jabatan ini terdiri daripada orang awam, pakar, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dari hospital lain, klinik kesihatan sektor swasta, angkatan tentera dan sebagainya.

VISI

Menjadikan Jabatan Kecemasan & Trauma unit yang dipercayai dan diyakini oleh masyarakat dengan taraf perkhidmatan yang cemerlang.

MISI
Memberikan perkhidmatan kecemasan pada tahap yang cemerlang dengan dianggotai oleh Pegawai Perubatan dan kakitangan Paramedik yang terlatih dan mahir serta cekap dengan penuh tanggungjawab dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.

OBJEKTIF

  • Mengendalikan kes kecemasan dan memberikan rawatan kecemasan secara profesional, berkesan dan cekap kepada semua pesakit.
  • Menyediakan perkhidmatan ambulans untuk perkhidmatan Pra Hospital.
  • Menyediakan anggota yang mahir dan cekap dalam memberikan perkhidmatan kecemasan.
  • Sentiasa memberi layanan yang baik, mesra, bertimbang rasa, hormat dan bersopan-santun kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa dan agama.
  • Menyediakan tempat yang selesa kepada pesakit dan keluarga sementara menunggu pesakit menerima rawatan (kes bukan kecemasan).

FUNGSI

Fungsi Jabatan Kecemasan & Trauma adalah untuk memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit dan orang ramai yang memerlukan rawatan dengan segera dan di samping itu menyediakan beberapa perkhidmatan yang ada hubung kait dengan perkhidmatan kecemasan.

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Rawatan kecemasan.
  • Rawatan bukan kecemasan.
  • Perkhidmatan ambulans (Pre Hospital Care).
  • Perkhidmatan MECC (Call Centre 999) - mulai Tahun 2010.
  • Perkhidmatan Medivec (Perkhidmatan rujukan menggunakan Helicopter) - mulai Tahun 2010.
  • Rawatan stabilisasi (Observation Bay).
  • Pusat rawatan setempat (OSCC).
  • Pendaftaran kemasukan pesakit ke wad.
  • Asthma Bay.
  • Rawatan Pembedahan Kecil (MOT).
  • Menyediakan Pasukan Siap Sedia Kecemasan (EMS).
  • Rawatan kes "Dental Trauma".
  • Perkhidmatan Telekonsultasi (Untuk kegunaan semua jabatan/unit Hospital Duchess of Kent, Sandakan).
  • Latihan dalam perkhidmatan (Perubatan & Kecemasan).
  • Siap sedia Pasukan menangani bencana.
  • Latihan Drill bersama NGO's dan agensi kerajaan.
  • Latihan penampatan klinikal (HO/PPP/Student Nurse/Masterskill/JPAM/St. John Ambulans, PBSM dan lain-lain).

WAKTU BEROPERASI

Jabatan Kecemasan & Trauma beroperasi 24 jam dan diterajui oleh anggota-anggota yang berkemahiran dalam merawat kes-kes kecemasan.

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 6.0 dan ke atas / Chrome 9.0 dan ke atas / Safari 4.0 dan ke atas / Opera 12.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

14 Februari 2019