Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

Bedah Mulut & Maksilofasial

PENGENALAN

Jabatan Bedah Mulut mula beroperasi pada awal bulan Jun tahun 2012, dianggotai oleh tiga belas orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Pakar Bedah Mulut, dua orang Pegawai Pergigian, seorang Ketua Jururawat Pergigian, dua orang Jururawat Pergigian, dua orang Juruteknologi Pergigian, empat orang Pembantu Pembedahan Pergigian dan seorang Pembantu Tadbir.

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Menerima kes-kes rujukan, merawat dan mengendalikan kes-kes pembedahan pergigian yang dirujuk dari pusat pergigian, perubatan swasta dan kerajaan.
  • Memberi perkhidmatan pembedahan untuk kes-kes trauma seperti kecederaan tisu lembut muka dan patah tulang trauma maksilo fasial.
  • Merawat pesakit Kanser Mulut dan kes-kes ketumbuhan seperti sista.
  • Jabatan ini juga mengendalikan kes-kes forensik seperti penentuan umur.

MASA PERKHIDMATAN

Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 - 5.00 petang

Catatan : Untuk kes-kes rujukan dan temujanji rawatan

Jumaat: Menjalankan rawatan di Dewan Bedah pada minggu
pertama (1), ketiga (3) dan kelima (5).

HUBUNGI KAMI

Talian Telefon Terus: 089-248628
No. Sambungan Talian (Kaunter) : 5310
Faks : 089-216102

Statistik Pengunjung

  • Bil. Pengunjung587,882
  • Sejak 2007:
    • Hari Ini:40
    • Bulan Ini:13,257

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 6.0 dan ke atas / Chrome 9.0 dan ke atas / Safari 4.0 dan ke atas / Opera 12.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

20 Mac 2019