Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

Otorinolaringologi

PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi (E.N.T.) merupakan salah satu komponen perkhidmatan pakar yang disediakan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Perkhidmatan Pakar Otorinolaringologi di HDOK Sandakan dimulakan pada tahun 1990 yang dikendalikan oleh seorang doktor pakar dari negara Myanmar, iaitu Dr. Win Tin. Pada masa tersebut beliau hanya dibantu oleh seorang Penolong Jururawat Terlatih.

Untuk pesakit dalam, jabatan ini kini diperuntukkan 6 katil di Wad Ortopedik Lelaki dan 4 katil di Wad Pembedahan Perempuan.

Sesi Klinik di Jabatan E.N.T. diadakan pada setiap hari Isnis, Selasa, Rabu dan Jumaat. Manakala sesi pembedahan di Dewan Bedah diadakan pada setiap hari Khamis. Sesi "follow-up" kes dari wad pula diadakan pada setiap hari. Pada hari Selasa pula, diperuntukkan untuk sesi lawatan Pakar ke hospital-hospital daerah kecil di sekitar Sandakan yang dilakukan sekali dalam sebulan.

VISI

Jabatan Otorinolaringologi Hospital Duchess of Kent, Sandakan akan menjadi Pusat Perkhidmatan Pakar yang berkualiti dan komprehensif di Pantai Timur Sabah yang dikendalikan oleh anggota yang profesional, cekap dan terlatih.

MISI

  • Jabatan Otorinolaringologi Hospital Duchess of Kent, Sandakan akan menjadi Pusat Rujukan dan Pembelajaran di Pantai Timur Sabah.
  • Memberikan pelbagai jenis perkhidmatan merangkumi pesakit dalam dan pesakit luar Klinik Pakar, Kecemasan dan masalah pendengaran dengan penekanan terhadap pencegahan, penyembuhan dan pemulihan.
  • Menyediakan anggota yang terlatih, cekap dan berdedikasi melalui pendidikan berterusan.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan Otorinolaringologi yang sesuai dan berkualiti.
  • Meningkatkan taraf kesihatan dan kesedaran terhadap penjagaan telinga, hidung dan tekak di kalangan masyarakat.

FUNGSI

  • Menyediakan rawatan pesakit luar di klinik pakar.
  • Menyediakan rawatan pesakit dalam.
  • Memeriksa dan merawat kes-kes rujukan baru.
  • Menyediakan rawatan bagi semua kes kecemasan yang melibatkan masalah telinga, hidung & tekak.
  • Menyediakan pemeriksaan/ujian pendengaran oleh Pegawai Audiologi.
  • Menyediakan rawatan terapi pertuturan oleh Pegawai Pemulihan Pertuturan.
  • Menyediakan rawatan konsultasi dan menyelaraskan perkhidmatan Otorinolaringologi.
  • Menjalankan pembedahan ke atas kes-kes yang memerlukan pembedahan.
  • Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit.
  • Menjalankan Perkhidmatan Rawatan Pakar Otorinolaringologi ke hospital-hospital daerah sekitar Sandakan.

PERKHIDMATAN DI UNIT TERAPI PERTUTURAN HDOK SANDAKAN

Unit ini mula diwujudkan pada bulan Mac 2009 dan berikut adalah senarai kes-kes yang boleh dirujuk ke Unit ini:

  • Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan (contoh: pelat, gagap).
  • Kanak-kanak yang lambat bercakap (berumur melebihi 2 tahun).
  • Kanak-kanak / bayi berisiko tinggi mengalami masalah bahasa/pertuturan (contoh: sindrom down, terencat akal, sumbing lelangit/bibir, cerebral palsy, dll).
  • Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai masalah pendengaran (memakai alat bantu dengar dan mengalami masalah komunikasi atau masalah dalam penyesuaian diri dengan alat bantu dengar).
  • Orang dewasa yang mengalami masalah bahasa/pertuturan selepas kemalangan atau serangan angin ahmar.
  • Orang dewasa yang mengalami masalah kegagapan.
  • Individu yang mengalami masalah penelanan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan unit berkenaan atau menghubungi talian sambungan 5319.

Statistik Pengunjung

  • Bil. Pengunjung587,895
  • Sejak 2007:
    • Hari Ini:53
    • Bulan Ini:13,270

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 6.0 dan ke atas / Chrome 9.0 dan ke atas / Safari 4.0 dan ke atas / Opera 12.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

20 Mac 2019