Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

Imbasan Sejarah Hospital

Sejarah Hospital Duchess of Kent, Sandakan bermula seawal tahun 1900. Bangunan hospital pertama dibina di lokasi persimpangan antara Jalan Singapura dengan Jalan Bukit Bendera. Ia terdiri daripada beberapa bangunan kayu dan kajang, yang dapat memenuhi keperluan kesihatan dan perubatan penduduk sekitar Sandakan pada masa tersebut. Malangnya semasa Perang Dunia Kedua ia musnah apabila dibom oleh Tentera Jepun.

Setelah peperangan tamat, pihak British telah mula membina sebuah hospital baru di lokasi tapak hospital sedia ada pada hari ini. Hospital baru dua tingkat jenis kekal ini dibina pada tahun 1951 dan merupakan hospital moden pertama di Negeri Sabah. Bangunan ini siap pembinaan sepenuhnya pada tahun 1953. Pembukaan rasmi hospital ini telah disempurnakan oleh HRH Duchess of Kent ketika itu pada 20 Oktober 1952. Ianya dinamakan Hospital Duchess of Kent bersempena dengan nama perasminya.

Mulai tahun 1996, Hospital Duchess Of Kent mula mengalami perubahan dengan penambahan blok bangunan seiring dengan penambahan jenis perkhidmatan kepakaran yang diberikan kepada masyarakat. Pada tahun 1999, Bangunan Klinik Pakar telah dibina dan mula beroperasi dengan nilai projek menelan perbelanjaan berjumlah RM 31 juta. Dua tahun kemudian, Bangunan Stor Integrasi telah siap dibina pada 2001 dengan kos sebanyak RM 2.2 juta. Pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2002, Bangunan Unit Forensik bernilai RM 2.24 juta juga siap dibina.

Sejajar dengan keperluan semasa, juga usaha untuk meningkatkan dan memperluaskan fasiliti perkhidmatan perubatan di hospital ini, Bangunan Blok Wad 3 – 6 Tingkat telah dibina dan disiapkan sepenuhnya pada 2007 dengan perbelanjaan RM 44.4 juta yang membawa kepada penambahan bilangan katil sebanyak 168 buah.

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 6.0 dan ke atas / Chrome 9.0 dan ke atas / Safari 4.0 dan ke atas / Opera 12.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

14 November 2019