Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

Mengenai Hospital

Hospital Duchess of Kent, Sandakan merupakan hospital kerajaan berpakar yang terletak di bandar kedua terbesar di Sabah -- Sandakan, Pantai Timur Sabah; yang juga digelar sebagai "Bandar Raya Alam Semula Jadi". Jarak hospital adalah 3.2 kilometer dari pusat bandar utama Sandakan. Saiz kawasan hospital meliputi keluasan 42.93 ekar, manakala kawasan bangunan hospital adalah seluas 2,245.3 meter per segi.

Hospital Duchess of Kent mempunyai 4oo buah katil dan merupakan hospital rujukan bagi hospital-hospital dan fasiliti kesihatan luar daerah. Dengan infrastruktur sedia ada, kawasan liputan operasi Hospital Duchess of Kent, Sandakan meliputi seluruh bahagian Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid.

Perkhidmatan kepakaran di hospital ini merangkumi Pembedahan Am, Perubatan Am, Orthopedik, Kecemasan & Trauma, Pediatrik, Obstetrik & Ginekologi, Anestesiologi, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Psikiatri dan Radiologi. Di samping itu, hospital juga memberi Perkhidmatan Pakar Lawatan seperti Pembedahan Plastik, Pembedahan Pediatrik, Nefrologi, Neuromedical dan Neurosurgery.

Dengan kepakaran-kepakaran yang ada, hospital ini memainkan peranan sebagai institut latihan bagi pelatih-pelatih biasiswa, pelatih kejururawatan, pelatih penolong pegawai perubatan, pelatih juruteknik makmal perubatan, fisioterapi dan pengurusan kesihatan.

Perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di hospital ini termasuklah Farmasi & Bekalan, Patologi, Pengimejan dan Diagnostik, Kerja Sosial Perubatan, Sajian & Dietitik, Pensterilan, Rekod Perubatan & Dokumentasi, Pemulihan Cara Kerja, Fisioterapi, Hemodialisis, Kesihatan Awam & Inspektorat, Promosi Kesihatan, Forensik, Pusat Jagaan Harian dan Penjagaan Paliatif.

Hospital Duchess of Kent merupakan hospital yang pertama di Sabah memberikan perkhidmatan perubatan Tradisional dan Komplementari (Traditional & Complementary Medicine) yang mula beroperasi pada 14 Disember 2009 dan telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia pada 31 Januari 2010.

Hubungi Kami:

Hospital Duchess of Kent
KM3.2 Jalan Utara
90000 Sandakan
Sabah

Tel: 089-248600
Faks: 089-213607

Emel : hdok@sbh.moh.gov.my
Talian Kecemasan : 089-225022


Statistik Pengunjung

  • Bil. Pengunjung386,162
  • Sejak 2007:
    • Hari Ini:145
    • Bulan Ini:7,590

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 3.5.2 dan ke atas / Opera 11.10 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

19 Oktober 2017