Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

LAPORAN KURSUS OBSTETRIC EMERGENCIES Pada 12hb Mac 2015

Jabatan O&G telah mengadakan kursus ini dengan objektif untuk memberi informasi serta memantapkan lagi pengendalian Kecemasan Obstetrik.

Kursus ini telah dijalankan selama satu hari dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang dan peserta adalah dari kategori Pegawai Perubatan siswazah dan Jururawat yang bertugas di Wad Bersalin dan Jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent Sandakan. Seramai 13 Pegawai Perubatan Siswazah (HO) dan seorang Pegawai Perubatan (MO) lantikan baru, 3 Jururawat U29/32 (KUP 15 tahun) dan 3 Jururawat Masyarakat .

Penceramah terdiri daripada Pakar-pakar dan Pegawai Perubatan Hospital Duchess of Kent, Sandakan. PakarAnesthesiologi, Dr Azlyna Nur Yanty Bt. Mohd Yusof , Ketua Jabatan O&G, Dr Yew Cheng Boon, Pakar O&G - Dr Norafidah Ahmad dan Dr Pratima Pareek dan Dr Thandar Lwin (Pegawai Perubatan O&G).

Antara tajuk ceramah yang diberi adalah Maternal Collapse, Post Partum Haemorrhage ,Manual Removal of Placenta, Uterine inversion, Breech Delivery ,Twin delivery, Eclampsia, Cord Prolapsed dan Shoulder Dystocia.

Sesi praktikal juga dijalankan semasa kursus dimana semua peserta dapat peluang untuk membuat simulasi pengendalian kes-kes kecemasan.

Kursus ini telah dijalankan dengan jayanya dimana kegagalan ujian pra kursus adalah 90% (hanya 2 peserta dari 20 yang lulus peperiksaan pra kursus) dan selepas kursus hanya terdapat 4 peserta yang tidak mencapai markah lulus 80%.

Sepanjang kursus minuman pagi dan petang serta makan tengah hari telah disediakan untuk semua peserta, penceramah dan ahli Jawatankuasa Kursus ini.

Laporan disediakan Oleh:
(PJ Anna Lee)
Penyelia Jururawat Kawasan
Hospital Duchess of Kent Sandakan
23.03.2015

Tags:

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 6.0 dan ke atas / Chrome 9.0 dan ke atas / Safari 4.0 dan ke atas / Opera 12.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

14 Februari 2019