Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

LAPORAN KURSUS RADIOLOGI 2016: 'SABAH STATE RADIOLOGY WORKSHOP : FOR BETTER PATIENT CARE'

TARIKH :
(KURSUS 1) 06 APRIL 2016 SEHINGGA 08 APRIL 2016
(KURSUS 2) 20 APRIL 2016 SEHINGGA 22 APRIL 2016
TAJUK KURSUS : “SABAH STATE RADIOLOGY WORKSHOP : FOR BETTER PATIENT CARE”
TEMPAT: THE PAVILLION HOTEL SANDAKAN & HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN

Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Duchess Of Kent Sandakan telah mengadakan kursus ini dengan objektif untuk memberi informasi terkini berkaitan dengan bidang radiologi dan pengendalian pesakit semasa menjalani pemeriksaan di Jabatan Radiologi.

Kursus ini berlangsung selama tiga hari dari jam 8 pagi sehingga 5 petang bertempat di Hotel Pavilion Sandakan bagi sesi ceramah dan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan bagi sesi ‘Hands on’. Para peserta terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan juru x-ray bagi kursus pertama manakala bagi kursus kedua peserta terdiri daripada penolong pegawai perubatan, juru x-ray, jururawat dan pembantu perawatan kesihatan dari hospital–hospital seluruh Sabah. Jumlah penyertaan untuk kursus pertama adalah seramai 77 orang dan 63 orang bagi kursus kedua.

Penceramah terdiri daripada Ketua Radiologist Sabah, Dr. Lim Cheng Kooi, Ketua Juru x-ray Sabah Pn. Yih Ai Chin, Pakar Radiologist Hospital Serdang, Dr. Sharifah @ Mastura Binti Syed Abu Bakar, Pakar Radiologist Hospital Duchess Of Kent Sandakan, Dr. Norhaizam Md Nor, Pegawai Perubatan Jabatan Radiologi Hospital Duchess Of Kent Sandakan dan staf-staf Jabatan Radiologi yang terdiri daripada Juru X-ray, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Sesi praktikal atau ‘hands on’ juga dijalankan semasa kursus iaitu semua peserta berpeluang untuk melakukan pemeriksaan ultrasound ke atas pesakit, mengendalikan pemeriksaan CT Scan dan pemeriksaan radiografi am yang bertempat di Jabatan Radiologi Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Sepanjang kursus ini minum pagi dan petang serta makan tengah hari disediakan untuk semua peserta, penceramah dan ahli jawatankuasa kursus.






Laporan disediakan oleh:
Siti Sabariah Binti Juman
Juru X-ray u29
Hospital Duchess Of Kent Sandakan Sabah.
Tarikh : 13.05.2016

Tags:

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 6.0 dan ke atas / Chrome 9.0 dan ke atas / Safari 4.0 dan ke atas / Opera 12.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

20 Mac 2019