Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

Ortopedik

PENGENALAN

Jabatan Ortopedik Hospital Duchess of Kent merupakan pusat rujukan bagi semua kes Ortopedik bagi Pantai Timur Sabah, khasnya Hospital Lahad Datu, Hospital Kinabatangan, Hospital Beluran dan Klinik Kesihatan Telupid. Jumlah katil bagi pesakit dalam adalah sebanyak 42 buah.

VISI & MISI

Memberi perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit yang mengalami masalah sistem musculoskeletal seperti:

  • Kecederaan anggota, kecederaan tulang spinal
  • Penyakit persendian tulang
  • Kecacatan semulajadi tulang, ketumbuhan dan infeksi/jangkitan tulang

OBJEKTIF

Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai masalah sistem musculoskeletal.

FUNGSI

Jabatan Ortopedik HDOK memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi setiap pesakit yang datang mendapatkan rawatan daripada jabatan ini sama ada pesakit dalam ataupun pesakit luar di dalam bidang Ortopedik. Selain itu, Jabatan Ortopedik HDOK juga merupakan pusat rujukan bagi kes-kes Ortopedik bagi Pantai Timur Sabah khususnya Hospital Kinabatangan, Beluran dan juga Daerah Telupid.

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan Pesakit Luar (OOPD)

  • Klinik Ortopedik Umum - memberi rawatan susulan bagi kes-kes discaj dari wad;
  • Menerima kes-kes rujukan daripada Jabatan Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, pengamal perubatan swasta;
  • Menerima kes-kes rujukan daripada hospital sekitar Pantai Timur Sabah Hospital Lahad Datu, Hospital Kinabatangan, Hospital Beluran dan KK Telupid.

Pesakit Dalam

Melakukan pembedahan seperti:

  • Internal fixation of fractures and dislocation
  • External fixation of fractures
  • Surgical management of soft tissue injuries
  • Surgical management of traumatic injury to hand/digits
  • Joint replacement (hip & knee)
  • Spinal surgery
  • Arthroscopy
  • Hand surgery
  • Limb lengthening

Laporan Perubatan
Bekerjasama dengan Jabatan Rekod dan Dokumentasi bagi menyediakan laporan perubatan bagi pesakit-pesakit berkaitan dengan masalah Ortopedik.

Latihan
Menerima Pelatih Pegawai Perubatan Siswazah, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu KKM, dan Kolej-kolej Swasta menjalankan latihan amali.

Perkhidmatan Casting (POP)
Perkhidmatan ini adalah "Multi User" bukan saja memberikan perkhidmatan kepada Disiplin Ortopedik tetapi juga memberikan perkhidmatan kepada jabatan dan hospital lain. Perkhidmatan Kas juga meliputi Strapping, Bandaging, Splinting dan pemasangan Fibre Glass Casting.

Statistik Pengunjung

  • Bil. Pengunjung690,830
  • Sejak 2007:
    • Hari Ini:110
    • Bulan Ini:14,315

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 6.0 dan ke atas / Chrome 9.0 dan ke atas / Safari 4.0 dan ke atas / Opera 12.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

14 November 2019