Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

Psikiatri dan Kesihatan Mental

PENGENALAN

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental telah lama memulakan perkhidmatan di hospital ini, tetapi pada mulanya tidak terdapat wad dan klinik tersendiri. Wad Psikiatri telah dibuka pada 21 Mei 2007 dan terletak di Aras 1, Bangunan 3-6 Tingkat, Hospital Duchess of Kent. Kemudian, Klinik Psikiatri telah dipindahkan bersebelahan dengan Wad Perempuan Psikiatri pada 21 April 2008. Kini, Wad Psikiatri mempunyai 28 buah katil, iaitu 10 buah katil untuk Wad Perempuan dan 18 buah katil untuk Wad Lelaki.

VISI

Jabatan Psikiatri akan memberikan perkhidmatan Perawatan Psikiatri yang berkualiti, mesra, berhemah dan penyayang bagi memenuhi keperluan dan ekspitasi pelanggan.

MISI

Berusaha memberikan suasana penjagaan perawatan dan perkhidmatan Psikiatri yang cekap dan mesra melalui komitmen anggota kerja yang terlatih dan berpengetahuan dalam menangani permasalahan pesakit Psikiatri.

OBJEKTIF

  • Menyediakan, mempertingkat serta memperbaiki perkhidmatan Psikiatri dari masa ke semasa menurut pada keperluan pelanggan.
  • Mengurangkan kadar peningkatan pesakit psikiatri yang mengalami perulangan penyakit (relapse cases).
  • Memberikan ruang bagi pesakit psikiatri menjalani kehidupan di dalam komuniti setempat.
  • Mengurangkan risiko gangguan pesakit psikiatri di dalam komuniti.
  • Menyedarkan orang awam tentang pemikiran negatif terhadap pesakit psikiatri.

SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental terbahagi kepada 3 bahagian:

Klinik Psikiatri

Penjagaan perawatan Psikiatri bagi kes ulangan serta menerima kes rujukan dari unit lain serta hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan.

Jadual klinik adalah seperti berikut:

  • Klinik Pesakit Baru : Hari Rabu petang dan Jumaat pagi.
  • Klinik Susulan Dewasa : Hari Selasa pagi dan Khamis pagi.
  • Klinik Susulan Kanak-kanak dan Remaja : Hari Rabu petang setiap dua minggu sekali.

Perkhidmatan Komuniti Psikiatri (CMHT)

  • Untuk memberi perkhidmatan perawatan bagi kes-kes Psikiatri yang berisiko tinggi untuk berulang, mengesan dan memantau kes cicir rawatan yang berisiko serta kes-kes yang mempunyai sosio-ekonomi yang rendah.
  • Aktiviti ini dikendalikan oleh pasukan CMHT yang terdiri daripada doktor, penolong pegawai perubatan, jururawat serta jurupulih carakerja.
  • Program ini dijalankan pada hari Isnin dan Rabu, serta lawatan tambahan akan diadakan mengikut keperluan.
  • Program ini juga bertanggungjawab untuk kes yang memerlukan penghantaran pesakit pulang ke rumah keluarga.

Perkhidmatan Pesakit Dalaman (Wad)

  • Memberikan perkhidmatan yang lebih rapi dari segi penjagaan rawatan perubatan serta kejururawatan dan pemantauan berterusan ke atas pesakit yang berisiko.
  • Bagi mempercepatkan proses penyembuhan pesakit, pesakit juga diajar menjalankan aktiviti asas harian seperti penjagaan kebersihan diri dan sekeliling mereka serta pendidikan kesihatan mental khususnya penjagaan pengambilan ubatan dan pengawalan psikologi pesakit.
  • Berbagai aktiviti riadah yang lain seperti "morning walk" di sekitar wad atau di kawasan hospital yang difikirkan perlu, menonton televisyen, berkaraoke, sukan ringan dan beberapa permainan dalaman turut dijalankan. Terdapat juga aktiviti di luar wad seperti menanam sayur, penjagaan taman dan mencuci kereta.
  • Segala aktiviti tersebut adalah di atas kerjasama Jabatan Psikiatri dan Unit Pemulihan Carakerja bagi mencapai objektif wad.
  • Sebanyak 28 buah katil disediakan bagi pesakit dalaman, 18 buah katil bagi wad lelaki dan 10 buah katil bagi wad perempuan.

KRITERIA-KRITERIA PESAKIT BAGI SETIAP PERKHIDMATAN

Pesakit Luar (Klinik Psikiatri)

Pesakit yang mengalami atau mempunyai masalah pada gangguan mental atau pemikiran.

Contohnya:

  • Kemurungan
  • Gangguan corak tidur bagi jangka masa yang panjang
  • Keraguan yang berlebihan
  • Pertuturan yang tidak menentu
  • Masalah sikap yang berlebihan (melampaui batas kenormalan)
  • Keinginan untuk membunuh diri
  • Buruk sangka yang berlebihan

Pesakit Dalam (Wad)

  • Kes baru yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
  • Kes ulangan yang mengalami perulangan yang teruk.
  • Kes cicir rawatan berisiko tinggi.
  • Kes-kes percubaan bunuh diri.
  • Kes-kes penagihan dadah yang berkaitan dengan masalah mental.

* Dirujuk kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan jika perlu.

  • Kes pesakit ulangan yang mengalami masalah kesan ubatan Psikotropik yang teruk.

Perkhidmatan Komuniti Psikiatri

  • Warganegara Malaysia.
  • Kes-kes berisiko tinggi untuk berulang.
  • Kes-kes cicir rawatan yang kerap.
  • Pesakit yang baru keluar daripada wad jika difikirkan perlu.
  • Penghantaran pesakit ke rumah di mana keluarga tidak datang untuk mengambil pesakit pulang ke rumah.

Statistik Pengunjung

  • Bil. Pengunjung648,380
  • Sejak 2007:
    • Hari Ini:350
    • Bulan Ini:17,145

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 6.0 dan ke atas / Chrome 9.0 dan ke atas / Safari 4.0 dan ke atas / Opera 12.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

09 Ogos 2019