Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

Soalan Lazim

Adakah hospital ini merupakan hospital kerajaan?

Ya. Hospital Duchess of Kent, Sandakan ini adalah di bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Adakah hospital ini menawarkan perkhidmatan rawatan pakar?

Ya. Kami mempunyai barisan doktor pakar yang berpengalaman dalam bidang Perubatan, Ortopedik, Kebidanan Dan Sakit Puan, Rawatan Rapi, Surgeri, Radiologi, Psikiatri, Anesthesia, Oftalmologi, Otorinolaringologi, dan Kecemasan Dan Trauma.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan pakar?

Anda perlu diperiksa oleh pegawai di klinik kesihatan terlebih dahulu. Surat rujukan akan dibuat dan anda perlu mendapatkan tarikh temujanji dahulu di klinik pakar sebelum berjumpa dengan doktor pakar.

Berapakah caj kemasukan atau cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?

Bayaran Deposit Kemasukan ke Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah seperti jadual berikut:

1. Kadar Bayaran Deposit Kemasukan bagi Warganegera

Kategori Rawatan

Kelas 1 Kelas 2 Kelas 3
Perubatan RM700 RM200 RM20
Pembedahan / ICU RM1,100 RM400 RM30
Obstetrik & Ginekologi RM800 RM350 RM15
**Pesara RM80 RM30 Percuma
**Kakitangan Kerajaan/Pesara/OKU/Pelajar RM80 RM30 Percuma
Psikiatri Hospital ini tidak menyediakan Wad Kelas 1 Hospital ini tidak menyediakan Wad Kelas 2 Percuma

2. Kadar Bayaran Deposit Kemasukan bagi Bukan Warganegera

Kategori Rawatan

Kelas 1 Kelas 2 Kelas 3
Perubatan RM7,000 RM3,000 RM1,400
Pembedahan / ICU RM11,000 RM5,000 RM2,800
Obstetrik & Ginekologi RM7,000 RM5,000 RM2,800
Psikiatri Hospital ini tidak menyediakan Wad Kelas 1 Hospital ini tidak menyediakan Wad Kelas 2 RM1,400

Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan?

Kes-kes kecemasan termasuk kemalangan (di jalan raya / di tempat kerja / domestik), serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

Ya. Ibu bapa / penjaga dibenarkan menunggu sekiranya pesakit itu adalah kanak-kanak. Bagi pesakit dewasa, hanya mereka yang tenat sahaja dibenarkan menunggu.

Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit / waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barangan berharga semasa berada di hospital.

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL).

LAIN-LAIN PERSOALAN

Sekiranya, persoalan anda tidak terdapat dalam Soalan Lazim, sila hubungi kami melalui emel berikut:

hdok_upawam@moh.gov.my

Unit Perhubungan Awam,
Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Statistik Pengunjung

  • Bil. Pengunjung358,549
  • Sejak 2007:
    • Hari Ini:172
    • Bulan Ini:7,171

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 3.5.2 dan ke atas / Opera 11.10 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

19 Jun 2017