Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

Pembedahan Am

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan telah mulai menawarkan perkhidmatan pembedahan semenjak kewujudan hospital ini. Jabatan ini telah menawarkan perkhidmatan pembedahan am yang termasuk urologi, neurosurgeri, plastic (Burn Unit), pediatrik, payu dara, dan endocrinology.

VISI

Jabatan Pembedahan HDOK akan menjadi pusat rujukan pembedahan yang menyediakan perkhidmatan pembedahan yang komprehensif dan berkualiti termasuk latihan dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang profesional, berdedikasi, efisien dan bersifat penyayang dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.

MISI

Jabatan Pembedahan HDOK berhasrat untuk menjadi pusat rujukan pembedahan yang cemerlang dengan:

  • Pembentukan perkhidmatan pembedahan yang komprehensif yang merangkumi aspek-aspek penggalakan, pencegahan, penyembuhan, pemulihan dan perawatan paliatif.
  • Perlaksanaan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti melalui kerja berpasukan dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.
  • Memupuk dan membentuk anggota yang profesional, terlatih, berdedikasi, efisien dan bersifat penyayang.
  • Membangunkan jabatan untuk menjadi pusat latihan penyelidikan pembedahan yang diperakui.

OBJEKTIF

  • Menyediakan dan memberi perkhidmatan surgeri yang berkualiti dan selamat.
  • Menepati tempoh masa menunggu yang minima yang ditetapkan bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang terbaik.
  • Sentiasa meningkatkan pengetahuan terkini agar dapat menyumbangkan kepada kerja dan mengaplikasikannya demi kebaikan pesakit.

Statistik Pengunjung

  • Bil. Pengunjung558,441
  • Sejak 2007:
    • Hari Ini:318
    • Bulan Ini:12,526

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 6.0 dan ke atas / Chrome 9.0 dan ke atas / Safari 4.0 dan ke atas / Opera 12.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

14 Februari 2019