Error message

Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 78 of /home/hdok/public_html/v8/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

TINJAUAN ONLINE PEMAHAMAN, AMALAN DAN SIKAP MASYARAKAT AWAM TENTANG AMALAN PENJARAKAN SOSIAL

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang melaksanakan satu kajian bertajuk TINJAUAN ONLINE PEMAHAMAN, AMALAN DAN SIKAP MASYARAKAT AWAM TENTANG AMALAN PENJARAKAN SOSIAL.

Kajian ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Tujuan tinjauan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti pemahaman, sikap dan amalan masyarakat awam mengenai amalan penjarakan sosial sebagai salah satu langkah pencegahan COVID-19. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini akan membantu anggota kesihatan memahami tahap penerimaan dan amalan penjarakan sosial dalam kalangan masyarakat dan seterusnya membantu dalam perancangan aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan yang bersesuaian bagi menggalakkan tingkahlaku pencegahan yang baik sepanjang COVID-19.Justeru kami ingin menjemput Y.bhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puan untuk menyertai soal selidik menerusi pautan berikut:

Pautan :
Bahasa Melayu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeDbLldv0ynknADLZk0A4J2XkIJihOc...

Bahasa Inggeris
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdQ-kwBKdL1niNFl4g75pYdM770x4am...

Tempoh kajian : Jun 2020 hingga Julai 2020

Sekiranya pautan link soal selidik tidak dapat diakses mohon kerjasama Y.bhg. Datuk/ Dato’/ Dr/ Tuan/Puan untuk copy URL tersebut dan paste di halaman baharu. Segala kerjasama dan perhatian pihak Y.bhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puan dalam membantu menjayakan kajian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Statistik Pengunjung

  • Bil. Pengunjung802,322
  • Sejak 2007:
    • Hari Ini:119
    • Bulan Ini:12,724

Paparan Terbaik

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas / Mozilla Firefox versi 6.0 dan ke atas / Chrome 9.0 dan ke atas / Safari 4.0 dan ke atas / Opera 12.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.

Kemaskini Terakhir

2 Julai 2020